:: Ain ::

:: Ain ::
!! Cik Ain Tumiran !!

Selasa, Disember 20, 2011

Nurkilan Buatmu Emak..

Emak,
dengarkanlah nurkilan ikhlas dari hati anakmu ini,
tiada kata seindah selain berpuisi tentangmu.


Emak, 
Wajahmu sering bermain di fikiran ku,
teringat akan susah payahmu membela anakmu ini,
engkau melayan anakmu seperti anak kecil yang tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan,
betapa gembiranya hati mu melihat anak-anak disisi.

Emak,
tiada panggilan yang paling indah selain menyebut namamu,
tersentuh hati tatkala menatap wajahnya yang lemah,
belaianmu, layanan mu, kemesraan mu terhadap anak-anakmu tidak pernah lekang dari wajahmu,
terlalu bermakna sesaat senyuman mu itu,

Emak,
apakah anakmu ini mengerti akan maksud disebalik senyuman manismu itu?
Ya Allah, aku tidak terdaya untuk melihat setitik air mata emak jika die bersedih kerana anaknya ini,
betapa sucinya hatimu ini, betapa lembutnya hati mu,
aku tidak berdaya memahami akan kesusahan hatimu emak..

Emak,
masih aku teringat semasa aku sedang belajar,
engkaulah yang selalu membantuku untuk menyiapkan segala tugasan,
engkaulah semangatku untuk aku melangkah ke kelas,
engkaulah cahaya penerang buku ku,
dan engkau la yg membantuku sewaktu aku dalam kesusahan,
tersenyum pabila terkenangkan semue itu,
menitis juga air mata ku bila terkenangkan kesihatanmu yg tidak berapa sihat.

Emak, 
panggilan dari azali,
panggilan yg kekal sampai hujung nyawaku untukmu,
panggilan yang tidak akan lekang dari bibirku,
engkau penerang hidupku,
engkaulah nyawaku, tanpamu hidupku tiada maknanya,

Emak,
sedang aku menulis nukilan hati
dan setiap kali menulis perkataan "emak" air mata ku setitik demi setitik menitis membasahi pipi, betapa agongnye engkau bagi hidupku,
tidak ternilai harganya,

Emak,
akan ku layan mu dengan baik bagaikan puteri,
bagaikan permaisuri,
berikanlah anakmu ini kesempatan untuk berbakti kepada mu emak..;')))




Nurkilan buatmu emak (Zaleha Taib)

Tiada ulasan: